Blogger Backgrounds

Friday, August 19, 2011

derita merindu

setiap hari termenung aku sendirian,
apa asa kah dipenghujung nya,
setiap hari aku sabar menanti
 kehadiran diri nya kembali,

tika ini,
saat ini,
aku amat merindui diri nya,
aku rindu mendengar usik tawa nya,
aku rindu segaris senyuman diwajah nya,
aku rindu setulus
ucapan sayang dari
dua ulus bibir nya.

tak mampu kuharungi hidup ini sendiri,
tidak kuat kudrat ku
untuk menempuh takdir ini.

tidak ku tahu pada siapa
ingin ku luahkan rasa hati,
tidak kutahu pada siapa
ingin ku luah kan rasa kecewa.

meraka lihat ku berlinangan air mata,
meraka lihat ku termenung sendirian
bagai tiada hala tuju hidup,
meraka sangka aku kecewa dengan cinta,
meraka sangka aku merana kerna cinta,

namun..
tahu kah meraka erti sebenar tangisan ini?
tahu kah meraka derita merindu 
yang sedang ku tanggung?

bukan ku menangis kerana kecawa,
bukan ku menagis kerana berduka,
 aku menangis kerna
aku sedar aku perlu kamu,
aku ingin kamu,
aku rindu kamu,
aku kuatir kan keadaan mu disana.

teman..
mengerti lah..
memang diri ini naif dalam menilai
erti sebuah cinta,
tapi diri ini tidak kuat sendiri 
andai tanpa diri nya disisi.

hari-hari ku berlagu pilu,
hari-hari ku berarak mendung,
mengharap mentari itu kembali,
mengharap esok nya
dia datang menjelma
membangun kan aku dari tidur panjang ku,
mengejut kan aku dari mimpi duka ku.

aku rindu diri nya,
aku rindu sengala tentang nya,
hari-hari aku menanti diri nya,
moga penanti ini
punya jawapan yang aku
belum pasti kuat kah aku dengan kenyataan itu..
yang pasti,
hati aku merindui diri nya....
aku perlu diri nya..


No comments:

Post a Comment